03 March 2025

Seribu Tahun Lagi - Setiap Bait Adalah Apa Yang Aku Rasa

Haluuu. Weh, malasnya rasa nak update segalanya dekat sini. Sambungan untuk kisah-kisah yang hari tu pun belum bergerak lagi, ni dah tiba-tiba update benda lain la pulak dulu. Halal jela ek kira. Sebab, macam aku cakap ler, susah weh nak recall segala benda and memori yang jadi setahun yang lalu dan ditulis kat sini. Aku akan update jugak semua tu, sebab, kan itu kenangan mahal yang takkan aku lupakan. Cuma perlukan sedikit kesabaran lah cite nya. Ok, kita update benda ni dulu ok. 

So, dulu lagu Seribu Tahun, sekarang Imran Ajmain kembali dengan lagu Seribu Tahun Lagi. Mula-mula lagu ni keluar, ingatkan macam, oo nak suruh tunggu another Seribu Tahun ke. Pastu kita menghayati la setiap bait-bait lirik dia. Lahhh, bukan suruh tunggu, tapi akhirnya dah sampai di titik terakhir, titik akur untuk berundur. Aa sudah. Lagu ni keluar di saat aku memang tengah dalam fasa membawa rajuk di hati. Kenapa merajuk, aaa tu la patut dekat posting lain cerita tu, tapi nanti aku update ek cerita in details, cuma roughly, merajuk sebab orang yang aku tunggu and harapkan, tak ingat hari penting aku, hari lahir aku. 

Tapi kan cuba hayati setiap bait liriknya, menusuk wey. 

Sampai masa untuk aku
Sudah untuk mengharapkan mimpi-mimpi
Andai ini tentunya Tuhan
Walau seribu tahun lagi takkan berubah

See, rangkap pertama dah menusuk, means, dah sampai masa untuk berhenti mengharapkan segala mimpi-mimpi atau angan-angan menjadi nyata. Sebabnya, kalau dah ketentuan Tuhan begitu, tak ada apa yang boleh ubah. Kau tak boleh paksa orang suka kau ke cinta kau ke kalau dah Allah kata tidak, tidak la, kau tunggu la seribu tahun lagi pun, memang takkan boleh berubah sebab dah memang ketentuan begitu. Cinta tak boleh dipaksa kan. Haihhh. 

Sebuah lagi cerita yang tamat di sini
Hanya menyiksa relungku
Bahgia takkan berulang kembali

Another kisah cinta yang tak kesampaian. Another pengakhiran. Bahagia yang dulu pernah kita rasa, memang takkan boleh diulang. Bila berakhir, haruslah kita rasa segala sakit and terseksa kan, but again, back to rangkap pertama tadi, siapa kita nak melawan ketentuan Tuhan. 

Sebuah cinta yang tercela dan menyendiri
Dan akhirnya kan berundur
Cinta aku terhenti di sini

Dan final rangkapnya bila kau sorang-sorang berjuang, memang tak ke mana, lelah tu kau sendiri je yang tahu. Akhirnya yang memperjuangkan sendiri ni akan berundur sebab semua orang ada titik lelah nya. Berundur dan berhenti mencinta, kerana kau terima semua ketentuan Tuhan yang takkan bisa menyatukan kau dengan si dia.

Pendek liriknya, tapi cukup untuk merobek hati lagi-lagi kalau kau memang ditempat yang memperjuangkan segalanya sendirian. Dan aku la salah seorangnya. Hari-hari aku berangan untuk aku dan dia bersama, tapi bila lagu ni keluar, feel tu macam, kena berhenti la kan sebab siapa aku nak melawan ketentuan Allah. Aku keep on hidup dalam kenangan singkat yang terlalu membahagiakan tu, tapi demi Allah, ada harinya aku lelah sendiri sedangkan dia dah lupakan aku, dia bahagia dengan life di samping kawan-kawan dia. Tapi mana la dia tahu apa aku rasa, menangis sendiri hari-hari, teringat semua kata-kata manis dia awal-awal dulu, segala harapan yang dia bagi, dan jujur, aku tak minta nak ingat semua ni, tapi entah kenapa, masih bermain dalam ingatan ni ha. Dan untuk lirik terakhir tu, aku boleh cakap, cinta aku takkan pernah terhenti selagi mana Allah belum tarik rasa tu, cuma aku akui, mungkin usaha aku je yang terhenti. Aku dah berhenti mengganggu dia macam dulu, aku dah tak hantar lagi mesej panjang-panjang, dan aku dah tak meluah walau perasaan rindu lagi dah, sebab akhirnya, selama aku buat tu pun dia tak pernah respon apa-apa, kalau respon pun maybe dia akan marah sebab aku masih ada perasaan pada dia. Kalau la aku boleh buang rasa ni, mungkin dah lama aku buang sebab sakit suka sendiri ni, tapi tu la, kan yang pegang hati dan bagi rasa cinta ni Allah, takkan la aku nak marah Allah, kan? Hmmm, tapi since lagu ni released, memang keep on dengar hari-hari and larut dalam emosi, sebab rasa, aku memang putus asa sikit dah ni. Betul, aku selalu cakap aku akan tunggu dia berapa lama pun, tapi jujur, aku penat. Penat sangat. Entah lah...

Dan part paling epik lagu ni ada kat last sekali. Dulu lagu Seribu Tahun hujung dia ada lirik "Jangan putus harapan, sedia setia" kan? Tapi lagu ni ending dia kena dengar betul-betul sebab lirik dia "Sudah putus harapan, cinta aku terhenti di sini". The End. Waktu dulu rasa takkan putus asa sebab rasa kuat lagi ni, tapi sampai satu masa harapan tu sendiri dah hilang dan akhirnya kita berundur jela ek. Tapi entah, aku ni tak tahu nak berundur ke tidak, sebab bila rasa dah putus asa, ada jela hint-hint dari Allah supaya keep going, jangan berundur lagi, Dia memang akan bagi. Tapi kadang rasa, aku delusional sangat la kot. Entah. Yang penting, this song is such a Masterpiece. Silakan dengar. 

Happy reading !




No comments:

Post a Comment