03 March 2025

Seribu Tahun Lagi - Setiap Bait Adalah Apa Yang Aku Rasa

Haluuu. Weh, malasnya rasa nak update segalanya dekat sini. Sambungan untuk kisah-kisah yang hari tu pun belum bergerak lagi, ni dah tiba-tiba update benda lain la pulak dulu. Halal jela ek kira. Sebab, macam aku cakap ler, susah weh nak recall segala benda and memori yang jadi setahun yang lalu dan ditulis kat sini. Aku akan update jugak semua tu, sebab, kan itu kenangan mahal yang takkan aku lupakan. Cuma perlukan sedikit kesabaran lah cite nya. Ok, kita update benda ni dulu ok. 

So, dulu lagu Seribu Tahun, sekarang Imran Ajmain kembali dengan lagu Seribu Tahun Lagi. Mula-mula lagu ni keluar, ingatkan macam, oo nak suruh tunggu another Seribu Tahun ke. Pastu kita menghayati la setiap bait-bait lirik dia. Lahhh, bukan suruh tunggu, tapi akhirnya dah sampai di titik terakhir, titik akur untuk berundur. Aa sudah. Lagu ni keluar di saat aku memang tengah dalam fasa membawa rajuk di hati. Kenapa merajuk, aaa tu la patut dekat posting lain cerita tu, tapi nanti aku update ek cerita in details, cuma roughly, merajuk sebab orang yang aku tunggu and harapkan, tak ingat hari penting aku, hari lahir aku. 

Tapi kan cuba hayati setiap bait liriknya, menusuk wey. 

Sampai masa untuk aku
Sudah untuk mengharapkan mimpi-mimpi
Andai ini tentunya Tuhan
Walau seribu tahun lagi takkan berubah

See, rangkap pertama dah menusuk, means, dah sampai masa untuk berhenti mengharapkan segala mimpi-mimpi atau angan-angan menjadi nyata. Sebabnya, kalau dah ketentuan Tuhan begitu, tak ada apa yang boleh ubah. Kau tak boleh paksa orang suka kau ke cinta kau ke kalau dah Allah kata tidak, tidak la, kau tunggu la seribu tahun lagi pun, memang takkan boleh berubah sebab dah memang ketentuan begitu. Cinta tak boleh dipaksa kan. Haihhh. 

Sebuah lagi cerita yang tamat di sini
Hanya menyiksa relungku
Bahgia takkan berulang kembali

Another kisah cinta yang tak kesampaian. Another pengakhiran. Bahagia yang dulu pernah kita rasa, memang takkan boleh diulang. Bila berakhir, haruslah kita rasa segala sakit and terseksa kan, but again, back to rangkap pertama tadi, siapa kita nak melawan ketentuan Tuhan. 

Sebuah cinta yang tercela dan menyendiri
Dan akhirnya kan berundur
Cinta aku terhenti di sini

Dan final rangkapnya bila kau sorang-sorang berjuang, memang tak ke mana, lelah tu kau sendiri je yang tahu. Akhirnya yang memperjuangkan sendiri ni akan berundur sebab semua orang ada titik lelah nya. Berundur dan berhenti mencinta, kerana kau terima semua ketentuan Tuhan yang takkan bisa menyatukan kau dengan si dia.

Pendek liriknya, tapi cukup untuk merobek hati lagi-lagi kalau kau memang ditempat yang memperjuangkan segalanya sendirian. Dan aku la salah seorangnya. Hari-hari aku berangan untuk aku dan dia bersama, tapi bila lagu ni keluar, feel tu macam, kena berhenti la kan sebab siapa aku nak melawan ketentuan Allah. Aku keep on hidup dalam kenangan singkat yang terlalu membahagiakan tu, tapi demi Allah, ada harinya aku lelah sendiri sedangkan dia dah lupakan aku, dia bahagia dengan life di samping kawan-kawan dia. Tapi mana la dia tahu apa aku rasa, menangis sendiri hari-hari, teringat semua kata-kata manis dia awal-awal dulu, segala harapan yang dia bagi, dan jujur, aku tak minta nak ingat semua ni, tapi entah kenapa, masih bermain dalam ingatan ni ha. Dan untuk lirik terakhir tu, aku boleh cakap, cinta aku takkan pernah terhenti selagi mana Allah belum tarik rasa tu, cuma aku akui, mungkin usaha aku je yang terhenti. Aku dah berhenti mengganggu dia macam dulu, aku dah tak hantar lagi mesej panjang-panjang, dan aku dah tak meluah walau perasaan rindu lagi dah, sebab akhirnya, selama aku buat tu pun dia tak pernah respon apa-apa, kalau respon pun maybe dia akan marah sebab aku masih ada perasaan pada dia. Kalau la aku boleh buang rasa ni, mungkin dah lama aku buang sebab sakit suka sendiri ni, tapi tu la, kan yang pegang hati dan bagi rasa cinta ni Allah, takkan la aku nak marah Allah, kan? Hmmm, tapi since lagu ni released, memang keep on dengar hari-hari and larut dalam emosi, sebab rasa, aku memang putus asa sikit dah ni. Betul, aku selalu cakap aku akan tunggu dia berapa lama pun, tapi jujur, aku penat. Penat sangat. Entah lah...

Dan part paling epik lagu ni ada kat last sekali. Dulu lagu Seribu Tahun hujung dia ada lirik "Jangan putus harapan, sedia setia" kan? Tapi lagu ni ending dia kena dengar betul-betul sebab lirik dia "Sudah putus harapan, cinta aku terhenti di sini". The End. Waktu dulu rasa takkan putus asa sebab rasa kuat lagi ni, tapi sampai satu masa harapan tu sendiri dah hilang dan akhirnya kita berundur jela ek. Tapi entah, aku ni tak tahu nak berundur ke tidak, sebab bila rasa dah putus asa, ada jela hint-hint dari Allah supaya keep going, jangan berundur lagi, Dia memang akan bagi. Tapi kadang rasa, aku delusional sangat la kot. Entah. Yang penting, this song is such a Masterpiece. Silakan dengar. 

Happy reading !




09 February 2025

Susahnya Nak Cari Mood Menulis

Haluuu. Aduiii, susah betul ya aku nak cari mood and masa untuk update blog ni. Serius aku dah draft je tajuk-tajuk untuk next posting, yela, haruslah ada sambungan untuk segala cerita yang tertinggal kan. Tapi tu la, dari sehari ke sehari memang tak rajin betul. Ni aku rajin update sikit sebab nak bagitahu je yang aku belum rajin nak recall balik benda-benda yang jadi untuk sambungan cerita tu. Ingat senang ke, ni bukan buat cerpen ke novel ke boleh ada idea terus tulis, tapi ni kenangan wei, so sebab nak kena proses recall balik benda-benda yang jadi tu meletihkan. Haha, beza ek dengan zaman masa 2011 awal-awal berblog dulu, macam almost hari-hari ada je benda nak cerita. Tapi mungkin sebab itu sekadar recall benda jadi hari sama atau sehari dua yang dah berlalu, ni nak recall benda setahun yang lepas oi, ahaha. Semoga bertabah la. Tapi funny ah sebab beria bercerita tapi yang baca benda ni semua aku jugak, sebab orang dah tak melayan blog 2025 ni. Tu macam aku selalu cakap, aku suka simpan mesej-mesej ke kad ke surat ke apa, sebab aku suka mengimbau kenangan tu satu masa nanti, dia akan buat aku macam, laaa aku pernah sebahagia itu ke, aku pernah buat orang begitu begini ke, sebab memori ni kadang memang la banyak yang menyakitkan, tapi the fact that kita pernah lalui di setiap situasi tu memang sesuatu yang patut diingat ler kan. Aaa nampak, ni update benda melalut macam ni tiba-tiba banyak pulak benda nak cakap, tapi nak update segala kisah-kisah sambungan tu, kena bagi masa sikit. Moga ada kekuatan la nak sambung cerita ek, sebab selagi aku tak selesai kan segala part-part cerita tu, selagi tu hari-hari aku tak tenang. Nanti dah siap cerita dekat sini, boleh la aku buang dari fikiran aku pulak kot ek, sebab dah ada backup kat blog ni memori tu, haha. Aaa sampai sini jela dulu merepek, mengantuk wei. 

p/s : I miss you so damn much my pemilik hati terakhir.

Happy reading !

04 February 2025

2024 - What A Year (Part 1) (Panjang Ye Post Ni)

Hah, jadi, marilah kita mulakan sesi cerita tahun lepas. Kenapa banyak-banyak tahun aku pilih 2024, sebabnya tahun lepas banyak benda menarik jadi. Actually, life aku seakan terhenti di tahun 2017, tahun dimana kehilangan cinta hati aku buat selamanya, yang ni nanti entry lain eh aku buat. Ni nak cerita tahun lepas, sebab nanti nak link kan dengan post pemilik hati terakhir sebelum ni ha, haha. Tapi tak tahu la akan habis dalam 1 post ni ke, tapi aku rasa 2 kot ke 3 entah sebab ada 2 orang penting which melibatkan 1st love aku dan pemilik terakhir hati aku, kira macam chapter atau kisah cinta aku dah berakhir di tahun lepas sebab aku dah jumpa yang pemilik terakhir. Tapi sabar jap, jangan ingat indah ye kisah-kisah ini, walaupun aku cakap dah jumpa pemilik terakhir tu, haha. (SPOILER : Fasha kot, mana la bernasib baik kalau bab-bab hati perasaan ni). Kalau ada sesiapa yang pernah baca blog dulu, weh penuh dengan kisah cinta tak kesampaian la, kisah hati dan perasaan dengan kakak angkat la, lecturer la, hahaha, semua nya yang melukakan. Eh panjang pulak mukadimah untuk entry kali ni.

Ok sebelum tu, bagi quick notes sikit, aku dengan 1st love aku ni macam dah contact balik since 2021 kot lepas bertahun-tahun aku pretend anonymous (anon) wish birthday dia since 2014 ke 2015 tah, last-last 2021 tu tah camne tah bulan Mei dia suruh je aku mengaku tu aku yadayada, entah dah lupa. Jap, chapter ni MUNGKIN aku akan buat entry lain, mungkin la ye cite dia sebab banyak nak diceritakan kot,haha. Ni nak bagi quick glance je. So, bayangkan, kitaorang memang dah contact since 2021 tapi tak rapat mana, ada gaduh apa jadah semua, tapi something weird happened in 2024, which aku nak cite ni la, haha.

So, awal Januari tahun lepas tu, aku ni memang la suka naik story luah-luah perasaan la, share quotes which memang untuk dia jela,hahah, siapa lagi aku nak luahkan perasaan walau dia tak pernah respon, dan aku harap dia abaikan jela even if dia tahu tu untuk dia, sebab dia macam dah move on berbelas tahun kot. Dan aku malas if dia tetiba respon sekadar untuk bergaduh buat kali ke sejuta, baik la dia diam dan teruskan je hidup dia, kan,haha. Eh, tiba-tiba di satu hari yang hening, lahhh tibaaaaa. Aku naik ler status pasal macam kita better acknowledge yang kita ni terluka sebab it will save segala masa sebab selagi kita in denial yang kita ni terluka, selagi tu kita takkan cari ubat kan, so akan bernanah la luka tu kan, macam aku luka tu dah bernanah berbelas tahun woi, tapi 2023 tu buat aku tersedar sikit la kot ada certain-certain things jadi yang memang selama ni aku terluka. Aku tulis la story ckp, aku dah mengaku aku memang terluka selama ni and luka tu dah nak sembuh and aku dah dapat jawapan kenapa dia pergi tinggalkan aku sedangkan tuan yang melukakan tu pun tak tahu apa reason dia tinggalkan aku. Weh, aku naik benda tu kat story saje-saje je sebab tau dia tu macam takkan tahu tu dia la kot sebab selama aku naik story pasal dia, mana ada dia respon pape. Ternyata sangkaan aku salah sekali. Tiba-tiba dia respon la gilaaaaaa. Dia tanya, tu untuk dia ke story tu, sorry kalau dia perasan. Hahaha. Hoiiii, berpeluh-peluh aku nervous woi sebab macam, alamakkkkk, mampus bergaduh besar nanti ni. (Sebab tu aku cakap maybe aku akan post entry lain pasal aku dgn dia cane boleh contact balik tu, sebab rentetan dari 2021 nak sampai ke 2024 tu, banyak bergaduh weh aku dgn dia ni). Jadi, aku mula-mula cakap la tak, bukan untuk dia, lama-lama tengok dia macam tenang betul ni, macam betul-betul nak settle hal lama ni, macam betul-betul regret buat aku tergantung selama bertahun-tahun and dia sendiri lupa kenapa dia buat camtu. So, kita pun jujur jela ek, cakap la memang la apa semua, yadayada and cerita experience aku, POV aku bila kena tinggal terkontang-kanting begitu, dia ubah aku jadi introvert, buat aku tak function normally macam dulu, buat aku yang dulu ceria tiba-tiba jadi penyedih and pendiam gila-gila sebab patah hati gila-gila. Panjang la cite nya ni.

Sampai la sembang pasal, dia single ke or dah couple (mind you, since 2021 aku keep try dia ye even dia keep reject aku,haha, nanti cite lain if rajin and ingat). Dia jawab oh dia baru je couple 1.1.2024 tu. Pastu aku cakap aik, selama ni bukan dia dh ada partner ke? Dia cakap dah lama single, dekat 5 ke 6 bulan dah single, pastu abah dia meninggal pun dia single and ex dia buat perangai yadayada. Damn, aku cakap weh asal tak cakap, aku ni macam dah terlepas peluang ke. Tau tak dia jawab apa????? Dia kata, siapa suruh lambat, lambat memang melepas la. Wehhhhhh, pale hotak kauuuuuuuu! Dia flirt dengan aku ye macam tu, sedangkan since 2021 aku try dia, dia maki aku la gilaaaaa, ni kenapa tah tiba-tiba dia macam boleh fun-fun begini. Then partner dia org JB yawwww, kira LDR la ek. Aku ok je, tp since sembang benda ni dari petang bawak ke 2-3 pagi ye Whatsapp tu, siapa sangka weh aku dengan dia tiba boleh camni balik. Tapi aku cakap la, kuaja, mana aku tahu dia single selama ni, kalau tak, memang la aku try dia weh, melepas la cite dia. Pastu keep on text jugak almost hari-hari, entah la, kali ni dia mcm sporting nak mampus, sedangkan kalau waktu dia bercinta dengan ex-ex sebelum ni, weh dia kerek tau dengan aku, dia memang malas nak layan aku cakap pape, ni dia mcm keep on bagi harapan ye. 

Aku siap berani ajak lepak ke jumpa ke, walaupun tak jadi sebab kekangan masa and takut awkward kot, haha. Pastu en, bila dia gaduh ke apa dengan partner dia, tiber je dia text aku mengadu apa semua. Antara benda yang tak percaya tu, dia gi karaoke, tiba-tiba dia send video dia nyanyi lagu Meraung (New Boyz) ek, dia ckp even dia ni pelupa banyak benda tapi dia masih ingat ni lagu first aku bagi kat dia. Weiiiiii, aku nak melompat wehhhh, apsal kau ni tetiba cakap pasal kita dulu ni,hahaha. Aku gelak-gelak la, tapi Allah je tahu hati aku macam, weh, aku ok je kawan dengan dia macam ni, sebab aku rindu nak bercerita dengan orang yang kenal aku dan ada banyak kenangan dengan aku. And this keeps on going untuk 2 minggu, kot. Tapi aku selalu cakap kat dia, if tiba-tiba nanti bila-bila kalau dia single balik, bagitahu la aku, bagi la aku peluang lagi sekali dengan dia di usia yang lebih matang ni. Dia gelak jela. Kalau dengan ex dulu, sumpah dia akan mengamuk ye dengan aku sampai ugut nak block aku if aku keep on cakap pasal hati perasaan dengan dia. Tapi ada la sekali sekala bila aku ajak dia lepak (yang memang tak pernah dapat sampai sudah), dia ada la cakap takleh, dia orang punya, so kena jaga hati partner. Sebab dia cakap, if partner dia pun buat benda sama macam dia buat dengan aku which is lepak keluar dgn ex, mesti dia tak suka and marah jugak. So, slow-slow aku berundur la, sebab aku fikir balik, dia layan aku baik-baik ni pun dah cukup bersyukur dah aku rasa, pastu dia masih ingat sikit-sikit memori kitorang dulu, lagu first aku bagi pun dia ingat sedangkan aku sendiri lupa weh, haha. So, aku fikir, dah la kot fasha, jangan berlebih-lebih, nanti dia mengamuk and terus tak nak kawan aku langsung lagi susah, so aku hilang je la macam tu. Aku tengok jela dia keep on update story hari-hari conversation dgn partner dia, video call apa semua, which kadang-kadang rasa macam, kau nak buat aku cemburu ke, atau kau ni nak attention aku ke, haha tapi aku biarkan je la dia buat apa dia nak, sambil senyum terluka tapi doakan je dia bahagia. Lagipun, aku dah berdamai dengan takdir ktorg and aku pun dah dapat jawapan yang aku cari selama ni kenapa dia tinggalkan aku, so aku ok je. Teruskan je hidup macam biasa, dan aku tunggu dia wish birthday aku macam mana setiap tahun aku tertunggu-tunggu jugak dia wish tapi tak pernah dapat, aku rasa dia dah lupakan pun pasal aku, bukan penting pun, haha. 

Ok, aku rasa ni part 1 sampai sini la dulu, panjang weh kalau nak cerita. Nanti aku rajin, aku update ek. 

Happy reading !

03 February 2025

Selamat Hari Lahir Pemilik Hati Terakhir

Selamat hari lahir buat si pemilik hati yang terakhir. Semoga dipanjangkan umur, dilapangkan rezeki, diberi segala keberkatan, berjaya dan bahagia dunia akhirat. Hai L. It's your day today. Walaupun dah malam, tapi saya tetaplah nak buat post ni juga sementara masih 3.2.2025 ni ha. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya, terima kasih sebab kita wujud di dimensi dan dunia yang sama. Segala yang saya post ke wish ke apa semua kat Whatsapp tu lama tau dah prepare kecuali yang lagu Selamat Ulangtahun Sayang tu je, sebab tangguh dari sehari ke sehari nak record, aa sudahnya suara tak ada pulak, jadi terima jela ek suara pecah gitu. It would be nice if only kita official, so boleh sambut dengan cara kita sendiri tapi lebih special. Tapi takpe la, saya terima je walau bertepuk sebelah tangan ni ha. Nanti post yang lain saya cerita lagi details apa yang dalam fikiran dan bayangan saya pasal birthday awak ni. Saya minta maaf sebab tak bertanya lanjut sebab ada banyak benda dalam fikiran saya ni, saya takut kalau-kalau saya text awak buat awak rasa terganggu di hari bahagia awak ni, yela awak pun dah tak seseronok dulu untuk text dengan saya, nanti beremosi pulak hari bahagia awak ni. Saya ikhlas sayangkan awak. Lepas ni apa-apa pun jadi dekat kita, kenanglah saya sebagai seorang yang selalu ada bila-bila masa je awak perlukan. Saya tahu saya bukan orang yang awak nak, jadi saya tahan diri saya untuk ucap seadanya dan bagi "hadiah" seadanya yang takde sampai buat awak tak selesa. Saya betul-betul sayangkan awak. Jaga diri awak baik-baik walau tanpa saya lagi di sisi awak macam yang awak tengah jalani sekarang ni. Saya selalu tunggu awak dan akan sentiasa terima awak dengan hati yang terbuka. Selamat ulangtahun kelahiran wahai pemilik hati saya yang terakhir. Terima kasih untuk segalanya.

p/s : Nanti post-post yang akan datang aku cerita ek segala benda tentang pemilik hati terakhir la, kenapa tak bersama tapi tetap dia pemilik hati la, pastu ada sesi luahan hati pasal hari aku pulak nanti. Stay tuned!

Happy reading !

21 January 2025

Bila Dah Lama Sangat Tak Blogging

Hah, siang tadi duk la setup blog ni ha. Tapi tu la, dah tua sangat sampai dah lupa cara dulu macam mana nak edit segala bagai. Dulu semua trend nak masuk lagu apa semua, haha. Siap gigih la dulu ada background music and ada playlist kadang-kadang tu. Kalau aku dulu, background music tu kena pandai pilih and tukar-tukar sebab nak meluahkan dekat seseorang kalau-kalau dia baca, tapi masa tu la cerita nya, haha. Sekarang ni kita sekadar nak menulis and meluah apa yang di hati je, dah tak ada target audience lagi dah. Sebab tu la sudahnya blog ni jadi sesimple yang mungkin, tapi boleh la kan dari tak ada, ye tak? Masih mengambil masa and mood nak menulis, sebab hari kerja ni dia jadi macam kejar-kejar masa nya. Itu jela dulu nak update kot, haha. So, terimalah blog baru yang sangat simple and basic.

Happy reading!

20 January 2025

2025 - Cita-cita Nak Start Blogging Balik

Sebenarnya hujung tahun lepas dah start dah draft sikit, tapi lama-lama macam eh laaaaa dah masuk 2025 weh. So, ni kira kita start la balik ek, kita tengok sejauh mana rajin nya nak menulis balik ni. Too many things yang jadi 2024 sampai rasa macam, kat mana ek nak cerita panjang-panjang tapi tak nak serabutkan orang lain. Kita back to zaman belajar dulu, 2010 macam tu, memang rajin betul menulis masa tu. Sebelum ni banyak je cerita dekat Twitter, tapi lama-lama macam kesian dekat kawan-kawan yang kena baca tu, haha. Sebab dulu selalu cerita merepek-merepek ni dekat FB sebab masa tu zaman semua orang bercerita dekat situ, sekarang ni FB tu pun dah jarang nak update apa-apa and orang ramai dah berpindah ke Twitter tapi limit pulak words dia kat situ. 

So, harap berkekalan la mood nak menulis ni balik. Oh oh oh, lupa pulak. Blog dulu tu ramai orang yang baca if post apa-apa, tapi ni buat blog baru, sebenarnya tak ada orang tahu pun tapi ada la letak link kat Twitter, so kalau sesiapa terbaca post-post ni, maybe rajin klik link tu la kot ek. Banyak benda nak cerita, kisah mak aku meninggal, kisah mental exhausted, pasal heart to heart dengan first love dulu, pastu kena shades and friendship breakup dengan bff yang dh 12 tahun, and jumpa circle baru and finally after thousand years jatuh cinta gila-gila tapi ada kisah tak indah nya. Haha, banyak la lagi, tapi ni antara nya. Tapi macam cakap kat atas tadi, kita tengok jauh mana rajinnya nak menulis balik ni. Semoga semangat la fasha ek! 

Eh tapi kan, dah tua-tua ni blog ni memang very the basic eh, sebab dah tak reti and tak rajin nak edit-edit macam dulu-dulu. Boleh la ek dari tak ada, ye tak. ðŸ˜‚

Happy reading !